Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singapura sahkan perjanjian rentas pasifik baru

Singapura pada hari Khamis (19 Jul) memeterai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), sekaligus menjadi negara ketiga untuk berbuat demikian selepas Mexico dan Jepun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura sahkan perjanjian rentas pasifik baru

Para menteri bergambar sebelum memeterai CPTPP di Santiago pda 8 Mac 2018. (Gambar: Claudio Reyes/ AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 04:18PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 04:21PM

SINGAPURA: Singapura pada hari Khamis (19 Jul) memeterai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), sekaligus menjadi negara ketiga untuk berbuat demikian selepas Mexico dan Jepun. Demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

CPTPP - versi baru Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) - sudah ditandatangani oleh 11 negara TPP awal tahun ini, menyusuli keputusan Amerika Syarikat untuk menarik diri.

Rundingan mengenai CPTPP dimuktamadkan pada 23 Januari 2018, di Tokyo dan perjanjian itu ditandatangani pada 8 Mac di Santiago, Chile.

Ia akan dikuatkuasakan 60 hari selepas enam daripada 11 negara TPP mengesahkan perjanjian itu.

"CPTPP adalah perjanjian berkualiti tinggi yang akan mengurangkan sekatan pasaran dan menjana perdagangan dalam pasaran dengan 500 juta penduduk dengan hasil dalam negeri kasar AS$10 trilion (S$13.6 trilion)," menurut MTI.

Perjanjian itu menetapkan peraturan-peraturan dalam bidang baru seperti e-dagang, tambahnya.

"CPTPP adalah perjanjian penting yang akan melengkapi perjanjian perdagangan bebas dua hala yang sedia ada," menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing.

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis (19 Jul), Encik Chan menambah bahawa CPTPP akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana kerana ia "merangsang inovasi, daya penghasilan, daya saing dan perdagangan inklusif".

Encik Chan juga berkata bahawa beliau mengalu-alukan pengesahan segera perjanjian itu supaya perniagaan-perniagaan dapat memanfaatkan perjanjian tersebut secepat mungkin.

Syarikat-syarikat Singapura yang berminat dengan peluang perniagaan dan pelaburan di negara-negara CPTPP boleh menghubungi Enterprise Singapore atau merujuk kepada laman MTI untuk mendapatkan maklumat lanjut, menurut kementerian itu.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan