Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SilkAir gabung dengan SIA selepas naik taraf kabin

Silkair akan bergabung dengan syarikat induknya, Singapore Airlines, selepas menjalani program naik taraf besar-besaran bagi kabin pesawat-pesawatnya. Demikian diumumkan Singapore Airlines hari ini (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 May 2018 10:14AM Dikemas Kini : 19 May 2018 01:16AM

SINGAPURA: Silkair akan bergabung dengan syarikat induknya, Singapore Airlines, selepas menjalani program naik taraf besar-besaran bagi kabin pesawat-pesawatnya. Demikian diumumkan Singapore Airlines hari ini (18 Mei).

Dalam kenyataan medianya, Singapore Airlines menyatakan bahawa lebih S$100 juta dilaburkan bagi program tersebut yang akan dijalankan selama beberapa tahun. Melalui program berkenaan, pesawatnya akan mempunyai tempat duduk yang membolehkan penumpang Kelas Bisnes berbaring. Selain itu, sistem hiburan dalam penerbangan juga akan dipasang di kedua-dua Kelas Bisnes dan Kelas Ekonomi.

Ini bagi memastikan tawaran produk dan khidmat Kumpulan SIA lebih konsisten dalam rangkaian perkhidmatan syarikat itu.

Naik taraf kabin pesawat dijangka bermula pada tahun 2020 "kerana masa tambahan yang diperlukan pembekal tempat duduk dan bagi proses pensijilan," menurut Singapore Airlines.

Penggabungan itu hanya akan berlangsung selepas jumlah pesawat yang dipasang dengan produk-produk baru, mencukupi. Butiran lanjut akan diumumkan secara progresif apabila program itu mula dijalankan dan garis masa ditetapkan, tambahnya.

Pemindahan laluan dan pesawat antara syarikat penerbangan lain dalam portfolio SIA juga "konsisten dengan usaha berterusan syarikat itu untuk mengoptimumkan rangkaian Kumpulan SIA".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan