Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA perkukuh kehadiran di AS; tawar penerbangan paling panjang di dunia

Singapore Airlines Ltd (SIA) mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran penerbangan Amerika Syarikat dengan menawarkan penerbangan komersil paling panjang di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA perkukuh kehadiran di AS; tawar penerbangan paling panjang di dunia

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 09:23AM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 09:28AM

SINGAPURA: Singapore Airlines Ltd (SIA) mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran penerbangan Amerika Syarikat dengan menawarkan penerbangan komersil paling panjang di dunia.

Penerbangan selama 19 jam tanpa henti dari Singapura ke New York disambung semula mulai petang ini (11 Okt).

Laluan tersebut, digabungkan dengan rancangan SIA untuk melancarkan semula penerbangan tanpa henti ke Los Angeles dan menambah lebih banyak penerbangan tanpa henti ke San Francisco bulan depan, sekali gus meningkatkan lagi kehadiran syarikat penerbangan dari Asia itu dalam pasaran Amerika Syarikat.

SIA sudahpun menempah tujuh pesawat Airbus SE A350-900ULR yang menawarkan 161 tempat duduk dalam kelas bisnes dan ekonomi premium dan tiada tempat duduk bagi kelas ekonomi.

Singapore Airlines menghentikan penerbangan jarak jauh ke Los Angeles dan Newark pada 2013 disebabkan oleh harga minyak yang melambong tinggi, mengakibatkan penggunaan pesawat Airbus A340-500 tidak berbaloi.

Sejak itu, SIA melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dan Los Angeles dari Tokyo dan Seoul.

Buat masa ini, wilayah-wilayah Amerika menyumbang 14 peratus kepada hasil pendapatan SIA berbanding 20 peratus pada 2013 disebabkan oleh pemberhentian penerbangan tanpa henti itu, menurut CEO firma kajian pengangkutan Crucial Perspective, Corrine Png. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan