Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor pengilangan elektronik S'pura menguncup pada November

Selepas mencatat pertumbuhan selama 27 bulan berturut-turut, sektor elektronik Singapura menguncup pada November.

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor pengilangan elektronik S'pura menguncup pada November

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 03 Dec 2018 11:51PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 11:53PM

SINGAPURA: Selepas mencatat pertumbuhan selama 27 bulan berturut-turut, sektor elektronik Singapura menguncup pada November.

Menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang dikeluarkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin (3 Dis), segmen elektronik mencatat 49.9 mata, merosot 0.6 mata berbanding bulan lalu.

Menurut institut tersebut, ini disebabkan pertumbuhan lebih perlahan petunjuk-petunjuk utama pemesanan baru, eksport, pengeluaran kilang dan inventori.

Bacaan PMI melebihi 50 mata menandakan ekonomi pengilangan itu secara amnya sedang berkembang, manakala bacaan bawah 50 menunjukkan penguncupan.

Meskipun demikian, pengambilan kerja dalam bidang elektronik menunjukkan prestasi lebih baik, mencatat penumbuhan buat 25 bulan berturut-turut.

Walaupun sektor elektronik mengalami penguncupan, sektor pengilangan secara amnya mencatat pertumbuhan, namun pada kadar lebih perlahan, dengan kegiatan menurun 0.4 mata menjadi 51.5.

SIPMM menyatakan ini disebabkan pertumbuhan lebih perlahan petunjuk-petunjuk utama tempahan-tempahan baru, eksport, pengeluaran kilang, inventori dan pengambilan kerja.

Bacaan PMI bagi sektor pengilangan Singapura pada November juga adalah paling rendah sejak Julai tahun lalu, apabila ia mencatat 51 mata.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan