Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor pengilangan catat prestasi paling cemerlang tahun ini

Sektor pengilangan mencatat prestasi paling cemerlang dalam ekonomi negara pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Dec 2017 06:47PM Dikemas Kini : 28 Dec 2017 02:54AM

SINGAPURA: Sektor pengilangan mencatat prestasi paling cemerlang dalam ekonomi negara pada tahun ini.

Permintaan, terutamanya dalam bidang elektronik, menganjakkan ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) lebih tinggi lagi.

Banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan daya penghasilan, tetapi para pengilang, begitu juga agensi-agensi pemerintah, menghadapi hambatan-hambatan tertentu.

Lebih 20 syarikat menggunakan makmal di Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) sejak ia dibuka Oktober lalu. Kilang Contoh memberi gambaran rupa sebuah kilang digital.

Selain memanfaatkan ruang untuk melatih pekerja, SME boleh juga membangun dan mencuba teknologi-teknologi baru bersama para penyelidik A*STAR.

A*STAR melancarkan inisiatif "Masa Depan Pengilangan" ini dua tahun lalu, bersama beberapa agensi pemerintah.

Ia dipertingkat tahun ini dengan pelancaran projek-projek seperti Kilang Contoh dan Tech Depot - wadah online menyenaraikan teknologi-teknologi yang boleh digunakan SME.

Lebih 190 syarikat menggunakan teknologi -teknologi tersebut sehingga September. A*STAR juga melatih kira-kira 500 pekerja setahun menerusi program Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja.

Namun, masih ada hambatan untuk menarik para pengilang menggunakan proses digital.

A*STAR berganding bahu dengan 1,000 syarikat setiap tahun dengan sehingga 800 menerusi Institut Teknologi Pengilangan Singapura, SIMTech.

Namun, ia satu bahagian kecil sahaja daripada sekitar 9,000 syarikat pengilangan di Singapura.

Meskipun demikian para pengamat mengatakan usaha mendakap teknologi lebih maju sudah menunjukkan kemajuan.

Lebih banyak pengilang tempatan akur tentang perlunya meningkatkan proses.

Encik Douglas Foo dari Persekutuan Pengeluaran Singapura berkata: "Syarikat-syarikat tidak perlu setakat melihat hanya kepada Singapura sebagai pangkalan pengilangan. Pada masa yang sama, ia boleh melihat seluruh ASEAN yang lebih besar, sebagai peluang menjadi pangkalan pengguna. Ini kerana jumlah penduduknya melebihi 600 juta."

Belum dapat dipastikan jika sektor pengilangan akan mencatat pertumbuhan yang sama tahun baru ini.

Namun sebagai penyumbang terbesar kepada GDP negara, agensi-agensi pemerintah menekankan betapa pentingnya bagi sektor pengilangan memanfaatkan teknologi maju guna meningkatkan keupayaannya.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan