Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor pengilangan berkembang 19 bulan berturut-turut pada Mac

Sektor pengilangan Singapura berkembang bagi 19 bulan berturut-turut pada bulan Mac, menurut data yang dikeluarkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor pengilangan berkembang 19 bulan berturut-turut pada Mac

Kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 08:32AM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 12:32AM

SINGAPURA: Sektor pengilangan Singapura berkembang bagi 19 bulan berturut-turut pada bulan Mac, menurut data yang dikeluarkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin (2 Apr).

Indeks Pengurus Pembelian (PMI), iaitu kayu ukur awal kegiatan pengilangan, mencatat paras 53.0, naik 0.3 mata berbanding Februari.

Bacaan PMI melebihi 50 mata menandakan ekonomi pengilangan yang semakin berkembang secara umumnya, manakala catatan bawah 50 menunjukkan ia kian suram secara umumnya.

Institut berkenaan menyatakan bacaan PMI itu didorong pertumbuhan lebih pantas dalam pengeluaran kilang, serta tempahan dan eksport baru lebih tinggi. Indeks tempahan baru pada 54.9 juga bacaan tertinggi sejak Disember 2009, di mana ia mencatat paras 56.5.

SIPMM menarik perhatian bahawa catatan PMI lebih tinggi itu merangkumi sektor pengilangan yang lebih luas, menandakan daya ketahanan sektor berkenaan.

Kayu ukur bagi inventori, stok barangan yang sudah siap, import, tunggakan tempahan dan penghantaran pembekal mencatat kadar pengembangan lebih pantas, di mana kedua-dua harga dan pengambilan pekerja mencatat kadar pengembangan lebih perlahan.

Sehubungan itu, sektor elektronik mencatat pertumbuhan bagi 20 bulan berturut-turut pada 52.4 dengan peningkatan 0.3 mata berbanding bulan sebelumnya.

Bacaan PMI lebih tinggi dipacu oleh pengembangan lebih pantas dalam pengeluaran kilang, inventori serta tempahan dan eksport baru.

SIPMM berkata indeks inventori elektronik berada pada 54.9 iaitu bacaan tertinggi sejak April 2011, apabila ia mencatat bacaan 57.4.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan