Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor binaan S'pura dijangka terus tumbuh, dipacu projek dan ITM

Usaha untuk mendigitalkan dan menyelaras proses dalam industri binaan sedang dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor binaan S'pura dijangka terus tumbuh, dipacu projek dan ITM

Gambar fail tapak binaan. (Gambar: DANIEL LEAL-OLIVIAS/AFP)

Diterbitkan : 22 May 2018 07:37PM Dikemas Kini : 22 May 2018 11:09PM

SINGAPURA: Usaha untuk mendigitalkan dan menyelaras proses dalam industri binaan sedang dijalankan.

Namun pihak-pihak berkepentingan dalam industri tersebut digesa supaya meningkatkan kerjasama agar berjaya mengubah sektor tersebut.

Permintaan dalam sektor binaan di Singapura dijangka tumbuh dengan mantap sedang Singapura memulakan projek-projek seperti Laluan Rentas Pulau dan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata permintaan bagi khidmat sedemikian akan melonjak di Asia sedang ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030.

Mempunyai firma-firma yang progresif dan bekerjasama juga adalah kunci kepada Perancangan Perubahan Industri (ITM) bagi sektor binaan yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

Menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), lebih banyak firma memanfaatkan teknologi digital bagi pengurusan projek.

Salah satu teras utamanya adalah teknologi Rekaan bagi Pengilangan dan Penghasilan (DfMA), di mana bahagian-bahagian struktur dihasilkan di kilang lalu dibawa ke tapak binaan untuk dicantumkan. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan