Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SC akan siasat yayasan berdaftar di S'pura berkaitan 'CopyCashCoin'

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia akan menyiasat sebuah yayasan berdaftar di Singapura mengenai rancangan untuk melancarkan untuk melancarkan tawaran syiling permulaan (ICO) yang dikenali sebagai CopyCashCoin (CCC) .

Anggaran Waktu Membaca:
SC akan siasat yayasan berdaftar di S'pura berkaitan 'CopyCashCoin'
Diterbitkan : 05 Jan 2018 10:15PM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 10:23PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia akan menyiasat sebuah yayasan berdaftar di Singapura mengenai rancangan untuk melancarkan tawaran syiling permulaan (ICO) yang dikenali sebagai CopyCashCoin (CCC) .

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata, pihaknya mendapati terdapat peningkatan dalam aktiviti ICO baru yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.

Menurutnya, seperti dilaporkan media, yayasan itu akan melancarkan ICO pada 10 Januari 2018 dan pengendali ICO tersebut sudahpun mengadakan ceramah dan seminar di bandar utama di Malaysia, termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Memandangkan aktiviti tersebut mungkin termasuk dalam bidang kuasa undang-undang sekuriti, pihak SC akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CCC dan pengendalinya," katanya.

Ia juga mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat undang-undang atau profesional jika mereka ragu mengenai keperluan perundangan dan kawal selia yang berkenaan.

"Pelabur perlu berhati-hati terhadap risiko dalam ICO dan pengaturan pelaburan yang melibatkan token digital.

"Pelabur hendaklah memahami produk tersebut, mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan perniagaan asas serta aset pengendali dan skim, terutama apabila tiada maklumat yang mencukupi mengenai syarikat atau stuktur perundangannya," katanya.

Selain itu, katanya, pelabur hendaklah berwaspada kerana mereka terdedah kepada risiko penipuan disebabkan ICO beroperasi secara dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia.

SC akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain untuk memantau aktiviti sedemikian dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu, tambahnya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan