Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham Keppel menjunam ekoran siasatan rasuah di Brazil

Saham Keppel Corp menjunam hari ini (26 Dis) akibat reaksi pelabur terhadap pendedahan pada hujung minggu mengenai perniagaan pelantar minyak luar pesisir syarikat itu yang bersetuju untuk membayar AS$422 juta (S$567 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2017 12:19PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 01:02AM

SINGAPURA: Saham Keppel Corp menjunam hari ini (26 Dis) akibat reaksi pelabur terhadap pendedahan pada hujung minggu mengenai perniagaan pelantar minyak luar pesisir syarikat itu yang bersetuju untuk membayar AS$422 juta (S$567 juta) sebagai denda berhubung siasatan rasuah di tiga bidang kuasa di Singapura, Brazil dan Amerika Syarikat.

Nilai saham tersebut mencecah S$7.260, jatuh 2.8 peratus atau S$0.21, yang mengakibatkannya jatuh lebih 4 peratus.

Denda tersebut disebabkan oleh wang sogok sebanyak AS$55 juta ekoran pembayaran rasuah yang dilakukan oleh bekas ejen Keppel, Encik Zwi Skornicki, di Brazil antara 2001 hingga 2014.

Pembayaran tersebut dilakukan "berhubung dengan sebilangan projek KOM (Keppel Offshore and Marine) di Brazil, yang dilakukan dengan pengetahuan dan pengesahan beberapa eksekutif KOM," menurut syarikat berkenaan dalam kenyataannya Sabtu lalu (23 Dis).

Saham Sembcorp Marine turut mengalami kemerosotan, jatuh sebanyak 2.57 peratus atau S$0.05 kepada S$1.89 setiap saham.

Syarikat berkenaan turut dinamakan antara syarikat-syarikat asing yang menjalankan perniagaan dengan mereka yang disiasat di Brazil dalam siasatan rasuah besar-besaran syarikat minyak negara Brazil Petrobras.

Indeks STI mencatat bacaan yang hampir mendatar pada sesi dagang awal pagi, iaitu 3,384.79.

Sekitar 89 juta saham yang bernilai S$131.1 juta didagangkan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan