Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura mahu ASEAN jadi rantau ekonomi lancar dan peluang pertumbuhan

Meningkatkan inovasi dan berdaya tahan - itulah strategi ekonomi Singapura untuk ASEAN sedang ia mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2018 07:28PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 12:58AM

SINGAPURA: Meningkatkan inovasi dan berdaya tahan - itulah strategi ekonomi Singapura untuk ASEAN sedang ia mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan Dr Koh Poh Koon menggariskan empat cara untuk mencapai matlamat itu di Persidangan ASEAN hari ini.

Menurutnya, matlamat Singapura adalah untuk meletakkan ASEAN sebagai rantau bagi kegiatan ekonomi yang lancar dan peluang pertumbuhan, terutama dalam bidang inovasi dan ekonomi digital.

Strategi pertama untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini kata beliau ialah dengan meningkatkan ketersambungan digital dan aliran e-dagang.

Kedua, memudahkan perdagangan dalam ASEAN untuk meningkatkan pensejagatan perusahaan kecil dan sederhana.

Ketiga, meningkatkan sektor perdagangan serta menghapuskan halangan kepada pelaburan.

Dan akhir sekali, memperkukuh hubungan bersama rakan dialog serantau dengan meningkatkan perjanjian perdagangan bebas di bawah gagasan ASEAN+1. 

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan