Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S Iswaran adakan lawatan ke Paris bagi teroka inovasi, ekosistem syarikat pemula

Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, S Iswaran, akan mengadakan lawatan ke Paris dari 22 Mei hingga 25 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
S Iswaran adakan lawatan ke Paris bagi teroka inovasi, ekosistem syarikat pemula

Encik S Iswaran. (Gambar fail: Lianne Chia)

Diterbitkan : 21 May 2018 07:18PM Dikemas Kini : 21 May 2018 07:20PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, S Iswaran, akan mengadakan lawatan ke Paris dari 22 Mei hingga 25 Mei.

Lawatan itu sebagai sebahagian daripada Tahun Inovasi Perancis-Singapura. Ia bertujuan untuk meneroka inovasi yang kukuh dan ekosistem syarikat-syarikat pemula di Paris serta memperkukuh hubungan dua hala.

Encik Iswaran akan mengadakan pertemuan dengan para Setiausaha Negara, termasuk Jurucakap Pemerintah di Pejabat Perdana Menteri Benjamin Griveaux.

Ini bagi mengesahkan lagi komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) ke atas pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Singapura.

Lusa (23 Mei), Encik Iswaran akan menyampaikan ucapan penutup di sebuah seminar yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Kajian Nasional (NRF) Singapura dan Kementerian Pendidikan Tinggi, Kajian dan Inovasi Perancis.

Encik Iswaran juga akan mengadakan lawatan ke persidangan inovasi, VivaTech, pada Khamis (24 Mei), di mana beliau akan menyertai sesi dialog dan menyampaikan ucaptama.

Perancis dan Singapura mempunyai jalinan hubungan ekonomi yang bertenaga.

Perancis adalah rakan perdagangan kedua terbesar Singapura dalam EU dan terdapat lebih 1,900 syarikat Perancis yang berpangkalan di Singapura.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan