Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ryde muncul sebagai pesaing baru Grab dalam industri khidmat kereta sewa

Pengumuman itu dibuat menyusuli pemerolehan perniagaan Asia Tenggara Uber oleh Grab, termasuk operasinya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2018 04:41PM Dikemas Kini : 28 Mar 2018 11:32PM

SINGAPURA: Syarikat tempatan yang mencipta aplikasi kongsi kereta Ryde, hari ini (28 Mac) mengumumkan ia akan melancarkan RydeX. Ia adalah khidmat baru kereta sewa sebagai sebahagian daripada strategi bagi mengembangkan peniagaannya.

Pengumuman itu dibuat menyusuli pemerolehan perniagaan Asia Tenggara Uber oleh Grab, termasuk operasinya di Singapura.

Menurut Ryde, ia sudahpun mula menerima permohonan para pemandu menerusi aplikasi Ryde. Buat masa ini, ia mempunyai lebih 55,000 pemandu - pemandu kereta sewa privet dan juga teksi - yang menawarkan khidmat kepada 300,000 penumpang setiap hari.

"Menawarkan khidmat kereta sewa akan melengkapi rangkaian pengangkutan kami supaya dapat memberikan khidmat yang lebih baik buat para penumpang kami," kata Pengasas dan CEO Ryde Technologies, Terence Zou.

"Sejak dua tahun lalu, kami sudah mula meningkatkan jumlah penumpang dan pemandu. RydeX akan menyediakan alternatif lebih cekap kepada khidmat kereta sewa privet."

RydeX, yang merupakan khidmat kereta sewa berdasarkan tempahan, dijangka berdaya bersaing.

Menerusi kenyataan medianya, syarikat itu menyatakan kadar komisyen pemandu akan diturunkan kepada 10 peratus, sambil menambah penjimatan itu juga akan diluaskan kepada para penumpang dalam bentuk tambang lebih rendah serta kepada pemandu dalam bentuk pendapatan yang lebih tinggi.

"Kami menerima maklum balas positif untuk melancarkan RydeX sebagai khidmat baru kereta sewa," kata Encik Zou.

"Kami berharap untuk menyediakan pengangkutan alternatif untuk para penumpang ke sana dan ke mari dan juga untuk para pemandu mencari rezeki. Yang penting, misi kami adalah untuk mewujudkan kesan sosial yang positif dalam kehidupan masyarakat."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan