Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rupiah masih lemah; S$1=Rp10,610

Nilai Rupiah berbanding dolar Singapura menjadi tidak menentu dalam sesi dagang hari ini (10 Dis). Pagi tadi, Rupiah dibuka pada kadar Rp14,515 bagi sedolar Amerika (atau Rp10,610 bagi sedolar Singapura), lebih lemah berbanding kadar yang dicatat semasa sesi dagang minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rupiah masih lemah; S$1=Rp10,610

Gambar fail. (Gambar: Azzura Zurae/Merdeka.com)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 12:53PM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 01:29PM

INDONESIA: Nilai Rupiah berbanding dolar Singapura menjadi tidak menentu dalam sesi dagang hari ini (10 Dis). Pagi tadi, Rupiah dibuka pada kadar Rp14,515 bagi sedolar Amerika (atau Rp10,610 bagi sedolar Singapura), lebih lemah berbanding kadar yang dicatat semasa sesi dagang minggu lalu.

Berdasarkan data Bloomberg, Rupiah terus melemah meskipun pada kadar lebih kukuh iaitu Rp 14,513 bagi sedolar Amerika. Rupiah kembali melemah, dan saat ini berada pada kadar Rp 14.525 bagi sedolar Amerika.

Menteri Penyelaras Ekonomi Darmin Nasution mengatakan, pelemahan Rupiah disebabkan oleh penangkapan ketua pegawai kewangan syarikat telekomunikasi China, Huawei, iaitu Meng Wanzhou. Pasaran kewangan terus terjejas dengan penangkapan tersebut.

"Ya memang dunia ini aneh sekali, CFOnya Huawei ditangkap malah goyang dunia, ini tidak dijangkakan," kata Encik Darmin.

Meskipun demikian, Encik Darmin berkata, Rupiah akan terus mengukuh hingga akhir tahun. Pemerintah Indonesia saat ini terus berusaha memelihara kepercayaan para pelabur di Indonesia.

"Tetap ada. Yang penting kita jaga keyakinan pasaran, berinovasi dalam pendidikan amali. Kemudian untuk eksport, kita pantau perkembangannya," tambah beliau.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan