Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura kekal 2.5% bagi 2017

Mereka kini meramalkan Indeks Pengguna akan mencecah 0.8 peratus bagi tahun ini berbanding unjuran sebelumnya, iaitu 0.9 peratus pada bulan Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Sep 2017 02:11PM Dikemas Kini : 06 Sep 2017 10:12PM

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun ini dijangka kekal pada paras 2.5 peratus, menurut ahli ekonomi sektor swasta yang ditinjau setiap tiga bulan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam laporan yang dikeluarkan pada hari ini (6 Sep).

Ramalan tersebut kekal tidak berubah berbanding tinjauan yang dijalankan pada bulan Jun tahun ini.

Pada bulan Ogos, Pemerintah meramalkan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi sepanjang tahun adalah antara 2 sehingga 3 peratus berbanding 1 hingga 3 peratus dalam ramalan sebelumnya, dengan data menunjukkan bahawa ekonomi negara tumbuh lebih pantas dari yang dijangkakan.

Ekonomi Singapura tumbuh 2.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

Pengilangan dijangka akan terus meningkat menyusuli kebangkitannya pada hujung tahun lalu, dengan pakar ekonomi meramalkan pertumbuhan sebanyak 6.6 peratus bagi sektor itu, berbanding 5 peratus yang diramalkan dalam tinjauan pada Jun lalu.

Industri kewangan dan insurans dijangka mencatat pertumbuhan kedua tertinggi iaitu sebanyak 2.9 peratus berbanding 1.9 peratus yang diramalkan sebelum ini.

Sebaliknya, pertumbuhan bagi sektor binaan diramal lemah - dengan pakar ekonomi menjangkakan sektor itu akan mengalami kemerosotan sebanyak 4.2 peratus, kejatuhan yang ketara berbanding pertumbuhan 0.2 peratus yang diramalkan dalam tinjauan sebelumnya. Begitu juga, sektor khidmat penginapan dan makanan yang dijangka menguncup 1.5 peratus, berbanding 1 peratus yang diramalkan pada bulan Jun.

Para ahli ekonomi juga meningkatkan ramalan mereka bagi eksport domestik bukan minyak, yang naik 7.4 berbanding 5.6 peratus dalam ramalan sebelumnya.



Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan