Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Proton tarik balik model Proton Perdana generasi semasa

Proton Holdings Bhd hari ini (17 Jan) menarik balik semua kereta Proton Perdana generasi semasa, melibatkan sekitar 6,430 kenderaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Proton tarik balik model Proton Perdana generasi semasa

Proton Holdings Bhd menarik balik semua kereta Proton Perdana generasi semasa. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jan 2019 09:37PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:41PM

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd hari ini (17 Jan) menarik balik semua kereta Proton Perdana generasi semasa, melibatkan sekitar 6,430 kenderaan.

Syarikat itu menyatakan langkah tersebut adalah untuk menggantikan pengepam beg udara bahagian penumpang, sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model Proton Perdana adalah berasaskan Honda Accord. Kereta yang terlibat dibina dari 2012 hingga akhir Ogos 2018.

Honda Motor Company baru-baru ini mengumumkan penarikan balik Honda Accord untuk menggantikan pengepam beg udara penumpang.

Dalam kenyataannya hari ini (17 Jan), pembuat kereta itu menyatakan notis mengenai langkah berkenaan akan dihantar kepada para pemilik yang terlibat.

"Semua pemilik Proton Perdana akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk menghubungi pusat perkhidmatan kami untuk membuat janji temu bagi menggantikan inflator beg udara kereta masing-masing.

“Kereta yang dibina selepas 31 Ogos 2018 tidak terjejas, dan penggantian inflator akan mengambil masa kira-kira sejam, tanpa bayaran,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Radzaif Mohamed.

Khidmat penggantian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang menggunakan beg udara Takata.

Semua tindakan adalah mengikut Laporan Maklumat Kerosakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Lebuh Raya Nasional Amerika, yang menetapkan pengepam beg udara penumpang itu diganti. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan