Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE bagi kereta ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

Premium Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan bagi kereta ditutup lebih rendah hari ini (8 Feb) dalam bidaan pertama sejak bekalan COE lebih besar diumumkan bagi tempoh Februari hingga April.

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE bagi kereta ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

(Gambar fail: Olivia Siong)

Diterbitkan : 08 Feb 2017 04:31PM Dikemas Kini : 08 Feb 2017 04:59PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan bagi kereta ditutup lebih rendah hari ini (8 Feb) dalam bidaan pertama sejak bekalan COE lebih besar diumumkan bagi tempoh Februari hingga April.

Bagi kereta dalam Kategori A atau 1600cc dan ke bawah atau dengan kuasa kuda yang tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$48,401, lebih rendah berbanding S$50,889 dalam bidaan sebelum ini.

Kemerosotan paling ketara adalah bagi premium kereta lebih besar dalam Kategori B. Premiumnya ditutup pada S$48,209, merosot sebanyak S$4,598 berbanding dua minggu lalu.

Harga COE bagi kategori terbuka yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta lebih besar ditutup pada S$48,556, turun berbanding S$52,600.

Premium motosikal ditutup pada S$6,412, lebih tinggi berbanding S$6,052 dalam bidaan sebelum ini.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$48,901 berbanding S$47,001 dalam bidaan sebelum ini.

Sebanyak 6,081 bidaan diterima kali ini, dengan kuota COE sebanyak 4,426 diperuntukkan.

Perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bulan lalu menunjukkan bagi tempoh Februari hingga April, sebanyak 26,391 COE disediakan, meningkat 8.9 peratus berbanding suku sebelumnya. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan