Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pesawat Embraer E190-E2 baru tiada tempat duduk bahagian tengah; dicat serupa ikan yu

Pesawat terbaru Embraer E190-E2 mungkin antara pesawat paling unik yang pernah diperkenalkan, dengan ramai yang terpegun dengan permukaan badan pesawat berkenaan. Pesawat baru itu lain daripada yang lain kerana ia dicat serupa dengan ikan yu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Embraer E190-E2 baru tiada tempat duduk bahagian tengah; dicat serupa ikan yu

Pesawat Embraer E190-E2 baru, yang digelar 'Shark Profit Hunter'. (Gambar: @adler_jeeping/Instagram)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 11:24PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 11:26PM

BRAZIL: Pesawat terbaru Embraer E190-E2 mungkin antara pesawat paling unik yang pernah diperkenalkan, dengan ramai yang terpegun dengan permukaan badan pesawat berkenaan. Pesawat baru itu lain daripada yang lain kerana ia dicat serupa dengan ikan yu.

Tidak seperti pesawat biasa, pesawat penumpang Embraer E190-E2 ini tidak mempunyai tempat duduk di bahagian tengah pesawat. Oleh itu, setiap penumpang akan duduk sama ada di tepi tingkap atau tepi laluan.

Pesawat itu dilengkapi dengan konfigurasi 2-2 dan berupaya membawa seramai 150 penumpang, menurut laporan The Sun.

Digelar sebagai 'Shark Profit Hunter', pesawat baru itu sudahpun mendapat tempat di beberapa akaun Instagram. The Sun juga melaporkan bahawa pesawat unik tersebut turut dikesan di Lapangan Terbang Kathmandu-Tribhuvan di Nepal ketika ia membuat persinggahan ke Gunung Everest.

(Gambar: Munkh U/Instagram)

(Gambar: Munkh U/Instagram)

Pesawat itu pernah melakukan penjelajahan dunia sedang syarikat pengilang Brazil, Embraer, memperkenalkan produk itu - yang merupakan pesaing pesawat Airbus 220 yang baru.

'Shark Profit Hunter' juga ke Dublin bagi peringkat akhir penjelajahan dunianya.

Menurut laporan The Sun, pesawat berkenaan juga membakar kurang 17 peratus minyak berbanding pesawat E190. Ia juga dilengkapi dengan tingkap yang lebih besar berbanding pesaingnya dan ini bermakna, kabin-kabin pesawat menerima lebih cahaya. Selain itu, tempat letak bagasi juga 40 peratus lebih besar.

Pesawat itu sudah beroperasi bagi syarikat penerbangan Widerøe di Norway sejak April lalu.

Sekitar 2,800 pesawat seumpama itu akan diperkenalkan ke negara-negara di merata Eropah dalam tempoh 20 tahun akan datang - namun, tidak semua pesawat akan memiliki wajah ikan yu.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan