Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pertunjukan Udara S'pura sumbang S$343 juta kepada ekonomi negara

Pertunjukan Udara Singapura pada Februari lalu membuat sumbangan terbesar sebanyak S$343 juta kepada ekonomi negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertunjukan Udara S'pura sumbang S$343 juta kepada ekonomi negara

Orang ramai di Pertunjukan Udara Singapura 2018. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 18 Oct 2018 07:25PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 07:27PM

SINGAPURA: Pertunjukan Udara Singapura pada Februari lalu membuat sumbangan terbesar sebanyak S$343 juta kepada ekonomi negara.

Satu tinjauan baru-baru ini oleh Kadence International menunjukkan acara itu mencatat kenaikan pada bilangan pelawat perdagangan, jumlah perbelanjaan serta kegiatan-kegiatan yang berkaitan, berbanding acara serupa pada 2016.

Pencapaian itu sekaligus membuktikan lagi kepentingan acara tersebut sebagai salah satu pameran aeroangkasa dan pertahanan Asia yang terbesar dan terpenting di dunia.

Semasa Pertunjukan Udara Singapura selama cara enam hari itu, para peserta pamerannya, pelawat perdagangan dan pelancong membelanjakan lebih S$343 juta iaitu kenaikan empat peratus berbanding pertunjukan udara pada 2016.

Selain itu, 85 peratus syarikat yang menyertai pamerannya meramalkan perniagaan masing-masing yang lebih rancak dalam 12 bulan akan datang hasil daripada penyertaan tersebut.

Bagaimanapun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, jumlah urus niaga yang dibuat semasa pameran itu tidak didedahkan.

Menurut seorang penganalisis ia mungkin kerana rundingannya masih dijalankan.

Bagi pertunjukkan udara pada 2020 pula, pihak penganjurnya menyatakan bidang teknologi yang lebih relevan serta trend-trend terbaru dalam industri penerbangan akan ditampilkan.

Ini termasuk keselamatan siber dalam bidang penerbangan dan pendigitalan. 

Sumber : CNA/NT/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan