Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pertumbuhan S'pura bagi 2017 dipacu permintaan luar

Sektor-sektor yang ada kaitan dengan perdagangan - terutama sekali yang berkaitan dengan teknologi maklumat - akan memacu pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2017 01:05PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 10:57PM

SINGAPURA: Sektor-sektor yang ada kaitan dengan perdagangan - terutama sekali yang berkaitan dengan teknologi maklumat - akan memacu pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2017, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Dalam semakan makroekonominya setiap enam bulan yang dikeluarkan hari ini (27 Apr), MAS menyatakan GDP Singapura dijangka mencecah antara 1 hingga 3 peratus tahun ini.

Menurut MAS, rentak kegiatan ekonomi global yang lebih rancak akan memanfaatkan sektor-sektor yang ada kaitan dengan perdagangan.

Sebagai contoh, elektronik dijangka meraih pertumbuhan melalui pelancaran produk telefon bijak yang baru.

Pemulihan bagi sektor pengilangan yang lain, bagaimanapun, dijangka "tidak menentu" dalam masa terdekat ini, menurut MAS.

Sementara itu, semakan tersebut juga mendapati bahawa prestasi rakan niaga Singapura diramal memberangsangkan.

Sebagai contoh, perangkaan buruh dari Amerika Syarikat menggambarkan pertumbuhan yang kukuh, tambah MAS.

Pertumbuhan di Asia juga diramal berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2017, dengan permintaan luar muncul semula sebagai pemacu pertumbuhan bagi rantau ini.

Pertumbuhan di Asia juga diramal berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2017, dengan permintaan luar muncul semula sebagai pemacu pertumbuhan bagi rantau ini.

MAS menarik perhatian bahawa kegiatan ekonomi domestik semakin bertambah baik berbanding dua suku sebelumnya walaupun ia tidak menentu bagi pelbagai industri.

Pada masa akan datang, khidmat runcit dan makanan akan berdepan dengan cabaran-cabaran musiman dan berstruktur di tengah-tengah pasaran buruh yang lembab, keyakinan pengguna yang lemah dan persaingan yang lebih sengit, tambah MAS.

Bagi tahun ini secara keseluruhannya, harga purata dijangka lebih tinggi berbanding 2016.

Inflasi Singapura berdasarkan indeks harga pengguna (CPI) dijangka mencecah antara 0.5 hingga 1.5 peratus, sementara inflasi teras yang tidak mengambil kira kos penginapan dan pengangkutan darat privet, diramal antara 1 hingga 2 peratus.

Barangan yang berkaitan dengan tenaga akan menjadi pemacu utama CPI yang diramal meningkat.

Kos perniagaan domestik yang lain mungkin meningkat dengan "sederhana" tahun ini, sebahagiannya disebabkan kos pentadbiran seperti kenaikan harga air, menurut MAS.

Bagaimanapun, MAS menambah bahawa di tengah-tengah sekitaran ekonomi dan pasaran buruh yang lembab, kesan kos luar dan domestik yang lebih tinggi terhadap harga pengguna mungkin lebih bersifat sederhana. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan