Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pertumbuhan pengambilan pekerja 2017 diramal sederhana, tidak seimbang bagi semua sektor

Pertumbuhan pekerjaan pada 2017 dijangka tidak berubah daripada tahun lalu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Anggaran Waktu Membaca:
Pertumbuhan pengambilan pekerja 2017 diramal sederhana, tidak seimbang bagi semua sektor

Para pekerja di Singapura semasa waktu sibuk sebelah petang. (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 01:30PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 01:31PM

SINGAPURA: Pertumbuhan pekerjaan pada 2017 dijangka tidak berubah daripada tahun lalu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam semakan makroekonomi terbarunya hari ini (27 Apr).

Pertumbuhan pekerjaan secara keseluruhannya mendatar pada separuh kedua 2016, berbanding peningkatan 28,700 dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Pengambilan pekerja di kalangan penduduk meningkat pada separuh kedua 2016, dengan 11,400 penduduk mendapat pekerjaan, kebanyakannya dalam sektor-sektor seperti penginapan dan makanan, kewangan dan insurans, dan juga pentadbiran dan khidmat sokongan.

Bagaimanapun, ini diimbangi oleh kemerosotan 11,700 dalam pengambilan tenaga kerja asing, menyebabkan sebahagian besar pengambilan pekerja tidak berubah secara keseluruhannya.

Pertumbuhan tidak seimbang bagi semua sektor, dengan pertumbuhan pekerjaan dalam industri-industri perkhidmatan diimbangi oleh kemerosotan dalam sektor pengilangan dan binaan.

MAS menambah bahawa pertumbuhan pekerjaan dijangka tidak rata bagi semua sektor: Lebih baik dalam bidang khidmat sosial seperti jagaan kesihatan dan pendidikan - yang menyaksikan lebih banyak tenaga manusia diperlukan - tetapi lemah bagi pengilangan dan binaan.

Kadar pengangguran juga mungkin naik sedikit tahun ini bagi penduduk dan secara keseluruhannya di tengah-tengah permintaan buruh yang lemah, tambah laporan itu.

Bagi gaji, MAS meramalkan pertumbuhan gaji penduduk mungkin merosot pada tahun ini, secara purata sekitar 3 peratus, lebih rendah berbanding pertumbuhan 3.7 peratus yang diraih pada tahun lalu.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan