Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pertumbuhan eksport S'pura lebih perlahan pada November; naik 9.1%

Pertumbuhan eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) merosot dengan ketara pada bulan November berbanding Oktober yang mencatat pertumbuhan dua angka, sedang penjualan barangan elektronik semakin melemah, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2017 10:57AM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 09:17PM

SINGAPURA: Pertumbuhan eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) merosot dengan ketara pada bulan November berbanding Oktober yang mencatat pertumbuhan dua angka, sedang penjualan barangan elektronik semakin melemah, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (18 Dis).

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh agensi perdagangan International Enterprise IE Singapore itu, eksport negara meningkat sebanyak 9.1 peratus bagi bulan November berbanding tempoh yang sama setahun lalu, iaitu lebih perlahan jika dibandingkan dengan peningkatan 20.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Kenaikan berkenaan adalah 5.5 peratus lebih tinggi, yang diramalkan sebelum ini oleh pakar ekonomi yang ditinjau Reuters.

Pada bulan Oktober, eksport Singapura tumbuh pada rentak yang paling pantas pernah dicatatkan dalam tempoh dua tahun setengah yang lalu.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport Singapura berkembang 8.7 peratus pada bulan November selepas mencatat peningkatan 12.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Para pakar ekonomi yang ditinjau meramalkan pertumbuhan eksport 0.6 peratus pada bulan November berbanding bulan Oktober.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan