Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perjanjian dagangan bebas S'pura-EU berkuakuasa awal 2019

Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Kesatuan Eropah yang dimeterai hari ini (19 Okt) akan mula berkuatkuasa awal tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian dagangan bebas S'pura-EU berkuakuasa awal 2019

(Gambar: REUTERS/Stringer)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 03:14PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 03:18PM

BRUSSELS: Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Kesatuan Eropah (EU) yang dimeterai hari ini (19 Okt) akan mula berkuatkuasa awal tahun depan.

Pesuruhjaya Dagangan EU Cecilia Malmstrom berkata demikian kepada media Singapura selepas pertemuannya dengan Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Dagangan S Iswaran di luar Sidang Puncak ASEM di Brussels.

Perjanjian Dagangan Bebas EU-Singapura akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat lebih kecil khususnya.

Encik Iswaran berkata perjanjian itu akan memberi memberi kejelasan kawal selia dan skop pelaksanaan di dalam EU.

"Kita mempunyai lebih 10,000 syarikat Eropah berpangkalan di Singapura, bukan kerana tarikan pasaran Singapura sahaja, tetapi mereka juga meneroka rantau ini. Dan kita tahu kita mempunyai kontinjen sangat besar syarikat-syarikat Singapura yang bertebaran luas di Eropah," kata Encik Iswaran.

Cik Malmstrom menarik perhatian Sidang Puncak ASEM yang berlangsung sekarang menunjukkan komitment EU terhadap rantau itu.

Perjanjian dengan Singapura akan membantu merintis jalan bagi rundingan dangangan dengan negara-negara ASEAN yang lain.

Selain perjanjian FTA dengan EU, Singapura juga akan menandatangani Perjanjian Perlindungan Pelaburan EU-Singapura, serta Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan