Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perjanjian biaya hotel bernilai S$300 juta berlandaskan Syariah dilancar - terbesar libatkan aset hotel

Firma hartanah Royal Group membentuk pembiayaan patuh syariah dari RHB Bank Singapura bagi sebuah hartanah bernilai S$300 juta sekaligus meluaskan urus niaga pembiayaan berlandaskan Syariah dalam hab kewangan utama Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian biaya hotel bernilai S$300 juta berlandaskan Syariah dilancar - terbesar libatkan aset hotel

Petikan gambar Google Street View hotel SO Sofitel di Singapura, milik Royal Group.

Diterbitkan : 11 Jul 2018 04:05PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 10:12PM

SINGAPURA: Firma hartanah Royal Group membentuk pembiayaan patuh syariah dari RHB Bank Singapura bagi sebuah hartanah bernilai S$300 juta sekaligus meluaskan urus niaga pembiayaan berlandaskan Syariah dalam hab kewangan utama Asia Tenggara.

Singapura rancak menggalak kewangan Islam sejak sedekad lalu dengan negara ini mengeluarkan bon Islamnya yang pertama pada 2009. Ia bertujuan menarik pelabur Muslim dari Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Pembiayaan oleh Royal Group itu merupakan salah satu urus niaga kewangan Islamik yang terbesar melibatkan aset-aset hotel, khususnya Hotel SO Sofitel Singapore, menurut Encik Nazmi Camalxaman, ketua perbankan Islam RHB Bank Singapura, sebuah unit di bawah RHB Bank Berhad di Malaysia. 

"Kami percaya urus niaga ini akan menggalak para pemilik hotel lain di Singapura dan tempat-tempat lain untuk beralih ke pembiayaan Islamik bagi keperluan pemerolehan dan pembiayaan semula hotel mereka", kata Encik Nazmi.

Saiz aset pembiayaan Islamik di Singapura dianggarkan sekitar dua bilion dolar, manakala cengkeram Islamik adalah sekitar tiga bilion dolar, tambah Encik Nazmi.

Penggunaan pembiayaan Islamik dalam industri pelayanan adalah terhad kerana peraturan agama yang membataskan pendedahan kepada perniagaan yang ada kaitan dengan alkohol.

Sebelum ini, hotel-hotel dianggap mematuhi syariah jika penjualan alkohol tidak melebihi 20 peratus daripada hasil keseluruhan.

Namun para sarjana dari Malaysia merubahnya pada 2016, apabila lembaga syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memutuskan untuk menggugurkan keperluan itu, dengan sebab, tujuan utama hotel dan resort adalah untuk menyediakan penginapan.  

Sumber : CNA/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan