Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan rumah privet naik 17.4% pada Dis 2017

Penjualan rumah baru privet naik 17.4 peratus pada Disember 2017 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jan 2018 06:34PM Dikemas Kini : 15 Jan 2018 11:59PM

SINGAPURA: Penjualan rumah baru privet naik 17.4 peratus pada Disember 2017 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (15 Jan).

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), para pemaju berjaya menjual 431 unit bulan lalu. Ini berbanding 367 unit pada Disember 2016.

Berdasarkan laporan bulan ke bulan, penjualan menjunam 45.3 peratus daripada 788 unit yang dijual, yang disemak pada bulan November.

Termasuk EC, sebanyak 531 unit dijual pada bulan Disember, turun berbanding 937 unit yang dijual pada bulan sebelumnya.

Prestasi penjualan pada bulan Disember biasanya lebih rendah berbanding musim cuti sekolah dan musim perayaan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty Ismail Gafoor.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi seluruh tahun 2017, jumlah unit perumahan yang dijual para pemaju menunjukkan keyakinan pasaran dalam projek-projek baru.

Sejumlah 11, 562 unit perumahan baru privet, tidak termasuk EC, dijual pada tahun 2017. Ini peningkatan 38 peratus berbanding 8,364 unit yang dijual pada tahun 2016, menurut PropNex.

Encik Ismail berkata: "Dengan harga yang dijangka meningkat pada tahun 2018, terdapat usaha tindakan segera dalam kalangan pembeli rumah dan mereka yang menukar kepada rumah lebih besar untuk mengorak langkah dan membeli unit yang tidak terjual dan projek-projek baru."

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan