Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan rumah privet melonjak 55% pada Julai

Penjualan rumah privet di Singapura melonjak 55 peratus pada Julai berbanding setahun sebelumnya, berkemungkinan didorong oleh para pembeli yang bergegas membeli hartanah pada malam sebelum langkah-langkah meredakan pasaran dikuatkuasakan awal bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2018 03:34PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 11:52PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet oleh para pemaju di Singapura melonjak 55 peratus pada bulan Julai berbanding setahun sebelumnya, berkemungkinan didorong oleh para pembeli yang bergegas membeli hartanah pada malam sebelum langkah-langkah meredakan pasaran dikuatkuasakan awal bulan lalu.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), para pemaju menjual 1,724 unit pada Julai berbanding 1,112 unit pada bulan yang sama tahun lalu, menurut data yang dikumpulkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Jumlah urus niaga meningkat kepada lebih dua kali ganda berbanding 654 unit pada bulan Jun.

Termasuk EC, 1,776 unit dijual pada bulan Julai iaitu satu lonjakan besar berbanding 706 yang dijual pada bulan sebelumnya, namun lebih rendah berbanding 2,092 rumah yang dijual pada Julai 2017.

Lonjakan pada Julai itu menyusuli pengumuman Pemerintah memperkenalkan langkah-langkah tambahan meredakan pasaran pada minggu pertama bulan tersebut. Langkah-langkah berkenaan termasuk meningkatkan Cukai Setem Tambahan Pembeli (ABSD) dan mengetatkan had Pinjaman Kepada Nilai Hartanah (LTV) bagi pembelian hartanah kediaman.

Bilik-bilik pameran melanjutkan waktu pembukaan dan beberapa pemaju mempercepatkan pelancaran kepada tarikh lebih awal sedang bakal pembeli bertali-arus mengunjungi flat pameran dengan harapan untuk membuat pembelian sebelum langkah-langkah tersebut berkuatkuasa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan