Penjualan rumah privet baru lonjak 42% pada September
Penjualan rumah privet oleh para pemaju di Singapura melonjak sekitar 42 peratus pada September berbanding setahun sebelumnya, menurut data pemerintah pada Isnin (15 Okt).
SINGAPURA: Penjualan rumah privet oleh para pemaju di Singapura melonjak sekitar 42 peratus pada September berbanding setahun sebelumnya, menurut data pemerintah pada Isnin (15 Okt).
Data yang dikumpulkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menunjukkan para pemaju menjual 932 unit bulan lalu, berbanding 657 unit pada bulan yang sama tahun lalu.
Berbanding 617 unit yang dijual pada Ogos, penjualan melonjak 51 peratus, menurut data URA.
Data pada September menunjukkan penjualan kembali rancak berbanding Ogos, apabila penjualan rumah privet menjunam 50.6 peratus menyusuli langkah-langkah meredakan pasaran yang diperkenalkan oleh Pemerintah pada Julai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.