Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengilangan S'pura naik 8.9% pada bulan Februari

Hasil pengilangan Singapura naik 8.9 peratus pada bulan Februari berbanding tempoh yang sama setahun lalu meskipun Tahun Baru Cina jatuh pada bulan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2018 03:36PM Dikemas Kini : 26 Mar 2018 10:49PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura naik 8.9 peratus pada bulan Februari berbanding tempoh yang sama setahun lalu meskipun Tahun Baru Cina jatuh pada bulan berkenaan.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan turun 0.5 peratus. Bagaimanapun, tidak termasuk pengeluaran bioperubatan, hasil pengilangan tumbuh 1.3 peratus, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) hari ini (26 Mac).

Pengeluaran kelompok elektronik meningkat 17.4 peratus pada Februari berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Segmen semikonduktor mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 26.7 peratus.

Sementara itu, hasil pengilangan umum merosot 6.3 peratus berbanding setahun lalu, dengan sebahagiannya disebabkan oleh hari pengeluaran yang lebih rendah pada bulan Februari sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pengeluaran kelompok pengilangan bioperubatan pula naik 8.4 peratus, sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan 15.2 peratus pada pengeluaran farmaseutikal ekoran pengeluaran produk biologi yang lebih tinggi.

Pengeluaran kelompok kimia naik 8 peratus, dipacu oleh segmen petrokimia yang mencatat kenaikan 17 peratus disebabkan kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi.

Daya pemprosesan petroleum meningkat 7.8 peratus berbanding Februari di mana beberapa kilang ditutup untuk kerja-kerja penyenggaraan, menurut EDB.

Selain itu, pengeluaran kejuruteraan pengangkutan naik 5.4 peratus berbanding Februari tahun lalu. Pengeluaran segmen aeroangkasa melonjak 57.2 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan yang lebih tinggi daripada syarikat penerbangan komersil.

Segmen pengangkutan darat pula menguncup 11.5 peratus manakala segmen kejuruteraan marin & luar pesisir
merosot 29.4 peratus disebabkan kegiatan pembinaan dan pembaikan kapal yang lebih rendah.

Kelompok kejuruteraan jitu naik 3.4 peratus berbanding setahun lalu.

Prestasi pengilangan bulanan akan dikeluarkan pada 26 April.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan