Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penemuan telaga baru bersamaan 80 bilion tong minyak di Bahrain

Bahrain hari ini (4 Apr) mengumumkan penemuan baru rizab minyak syal (shale) yang dianggarkan bersamaan dengan lebih 80 bilion tong.

Anggaran Waktu Membaca:
Penemuan telaga baru bersamaan 80 bilion tong minyak di Bahrain

Gambar fail pengepam minyak. (Gambar: REUTERS/Sergei Karpukhin/File Photo)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 10:15PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 12:12AM

MANAMA, BAHRAIN: Bahrain hari ini (4 Apr) mengumumkan penemuan baru rizab minyak syal (shale) yang dianggarkan bersamaan dengan lebih 80 bilion tong.

Ini sekaligus mungkin mengubah kedudukan Bahrain, yang penghasilan minyaknya kecil itu, kepada pemain utama dalam pasaran.

Jumlah minyak yang boleh diperolehi bagaimanapun masih diteliti, menurut Menteri Minyak Sheikh Mohammed bin Khalifa Al-Khalifa memberitahu sidang media di Manama.

Kawasan tersebut meliputi 2,000 kilometer persegi di perairan cetek di pantai barat negara itu. Ia terletak bertentangan dengan negara gergasi minyak, iaitu Arab Saudi.

Kawasan baru itu, dari segi teorinya, jauh lebih besar berbanding Bahrain Field, iaitu satu-satunya telaga minyak lain Bahrain, yang mengandungi beberapa ratus juta tong minyak.

Kesan sebenar penemuan itu pula bergantung kepada berapa banyak minyak yang boleh diperolehi daripadanya.

Pengurus Penerokaan (exploration manager) syarikat minyak negara Bahrain, Bapco, Yahya al-Ansari berkata pengambilan minyak daripada ladang itu dijangka tidak dilakukan sehingga sekurang-sekurangnya lima tahun.

Perunding Antarabangsa DeGoyler dan MacNaughton, Halliburton dan Schlumberger sedang menerajui projek bersama Penguasa Minyak dan Gas Bahrain.

Bahrain, yang terletak di antara Arab Saudi dengan Iran, merupakan negara Teluk pertama yang menemui minyak mentah namun hari ini ia adalah penghasil paling kecil dalam kalangan enam negara kaya minyak di Teluk.

Negara kecil berfahaman Sunni itu buat masa ini menghasilkan sekitar 50,000 tong minyak mentah sehari daripada Bahrain Field, yang ditemui pada tahun 1932. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan