Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemerintah rancang lindungi orang ramai daripada 'pinjam terlalu banyak wang'

Sebuah Rang Undang-Undang baru akan membataskan jumlah pinjaman wang dari pemiutang berlesen, jika ia diluluskan di Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah rancang lindungi orang ramai daripada 'pinjam terlalu banyak wang'

Wang kertas dolar Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 06 Nov 2017 11:04PM Dikemas Kini : 06 Nov 2017 11:07PM

SINGAPURA: Sebuah Rang Undang-Undang baru akan membataskan jumlah pinjaman wang dari pemiutang berlesen, jika ia diluluskan di Parlimen.

Pemindaan Rang Undang-undang Pemiutang diperkenalkan Menteri Negara Kanan Undang-Undang, Indranee Rajah hari ini (6 Nov). Ia bertujuan untuk mempertingkat profesionalisme industri peminjaman wang dengan memperkenalkan perlindungan yang lebih baik bagi mereka yang meminjam wang selain mengukuhkan lagi rangka peraturan industri tersebut.

Pengenalan rang pindaan ini muncul selepas pemerintah akhirnya menerima 12 daripada 15 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penasihat berkaitan peminjaman wang. Satu siri langkah awal, seperti mengenakan kadar faedah sebanyak 4 peratus setiap bulan kepada semua peminjam sudah dilaksanakan sejak Mei 2015.

PEMIUTANG BERLESEN AKAN DAPAT REKOD PEMINJAM WANG

Rang undang-undang itu turut memperkenalkan had pinjaman agregat yang bergantung kepada tahap pendapatan peminjam. Peminjam yang berpendapatan kurang daripada S$20,000 setahun akan dapat meminjam sehingga S$3,000 keseluruhannya.

Mereka yang berpendapatan lebih dari jumlah ini boleh meminjam sehingga enam kali ganda pendapatan bulanan mereka. Ini bermakna mereka yang mendapat gaji sebanyak S$48,000 setahun boleh meminjam sehingga S$24,000.

Menurut Kementerian Undang-undang, pemiutang perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan kredit dari Biro Kredit Pemiutang (MLCB) yang ditubuhkan pada tahun 2015. Laporan itu akan mendedahkan jika peminjam sudah melampaui hadnya, dan ini akan menjadi faktor penentu sama ada pinjaman wang akan diberikan.

Langkah ini untuk memastikan adanya perlindungan lebih baik bagi peminjam dengan mencegah mereka dari terlalu banyak membuat pinjaman.

Rang Undang-undang ini juga akan memerlukan pemiutang memastikan butiran peminjam tidak didedahkan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan