Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

P&G labur S$140 juta bagi tingkat keupayaan digital di S'pura

Procter & Gamble (P&G) akan melabur lebih AS$100 juta (S$140 juta) bagi lima tahun akan datang untuk membangunkan E-Pusat P&G yang baru di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
P&G labur S$140 juta bagi tingkat keupayaan digital di S'pura

Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran membuat lawatan ke Pusat Inovasi Singapura P&G, menyusuli pelancaran E-Pusat P&G. (Gambar: P&G melalui TODAY)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 12:11PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 12:15PM

SINGAPURA: Procter & Gamble (P&G) akan melabur lebih AS$100 juta (S$140 juta) bagi lima tahun akan datang untuk membangunkan E-Pusat P&G yang baru di Singapura.

Pengeluar barangan pengguna itu sedang menempatkan pusat inovasi digitalnya yang pertama di luar Amerika Syarikat, yang memberi tumpuan kepada huraian teknologi tinggi bagi bidang-bidang asas termasuk pengurusan rantaian bekalan, proses-proses perniagaan dan analisis data.

Syarikat itu juga akan menggajikan 50 pekerja bagi peranan yang ada kaitan dengan digital dan akan memperluaskan kerjasamanya dengan syarikat kecil dan sederhana tempatan (SME) dan syarikat pemula bagi mengukuhkan keupayaan digital dan menghasilkan huraian baru digital, menurut Encik Nicolas Defauw, naib pengerusi kewangan dan perakaunan P&G, Asia Pasifik.

Sambil menarik perhatian kepada kehadiran P&G di Singapura yang berkembang dari pasukan penjualan seramai 100 orang pada 1987 kepada jumlah kakitangan seramai 2,000 pekerja sekarang, termasuk 400 pengkaji di Pusat Inovasi Singapura, Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran menegaskan komitmen pemerintah untuk bekerjasama dengan industri tersebut.

Ini bagi mendakapi keupayaan baru digital dan melengkapi rakyat Singapura dengan kemahiran baru digital. Beliau berkata demikian di pelancaran E-Pusat P&G semalam

P&G bekerjasama dengan lebih 200 rakan syarikat SME dan bermatlamat untuk membina ekosistem digital bagi industri tersebut di Singapura. Selain itu, syarikat berkenaan juga melatih lebih 500 pengurus setiap tahun di Pusat Pembangunan Kepimpinan Asia di Singapura.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan