Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

OCBC S'pura rancang tembusi perniagaan urus harta bagi tambah keuntungan

OCBC merancang untuk membangunkan perniagaan pengurusan harta di China dalam usaha untuk menggandakan keuntungannya dalam tempoh lima tahun, di Kawasan Teluk Besar, kata ketua eksekutif OCBC.

Anggaran Waktu Membaca:
OCBC S'pura rancang tembusi perniagaan urus harta bagi tambah keuntungan

Logo OCBC di salah satu cawangannya di Singapura. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 11:09AM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 11:13AM

HONG KONG: OCBC merancang untuk membangunkan perniagaan pengurusan harta di China dalam usaha untuk menggandakan keuntungannya dalam tempoh lima tahun, di Kawasan Teluk Besar, kata ketua eksekutif OCBC.

Kawasan Teluk Besar bermatlamat untuk menyatukan pasaran Hong Kong, Macau dan sembilan bandar China bagi membentuk penjana perniagaan untuk bersaing dengan hab-hab mega dan mencontohi kemajuan Los Angeles, New York atau Tokyo.

OCBC, pemiutang kedua terbesar di Singapura, menjangkakan pelancaran perniagaan pengurusan harta dan peluasan jangkauannya di Kawasan Teluk Besar menjadi "pemacu utama" bank, kata Ketua Pegawai Eksekutif Samuel Tsien.

Bank itu bagaimanapun belum mendedahkan bila ia akan melaksanakan langkah itu, yang akan tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

Rancangan-rancangan ini seharusnya mampu meningkatkan keuntungan OCBC sebanyak seganda sebelum cukai di Kawasan Teluk Besar kepada S$1 bilion menjelang 2023, kata Encik Tsien kepada para wartawan di Hong Kong.

OCBC juga sedang menimbangkan untuk menggajikan lebih banyak pekerja, iaitu tambahan 40 peratus kepada 4,200 kakitangan di kawasan tersebut sepanjang tempoh itu, tambah Encik Tsien.

OCBC, yang pasaran utamanya di Singapura, Malaysia dan Indonesia, sudah mempunyai unit perbankannya sendiri di China termasuk di bandar-bandar seperti Shenzhen, Guangzhou dan Zuhai, serta cawangan-cawangan di Hong Kong dan Taiwan.

Pembukaan secara bertahap-tahap pasaran kewangan China mencecah nilai beberapa trilion dolar. Ini menarik syarikat-syarikat dari luar negara untuk menembusi pasaran itu dalam pelbagai sektor, dari insurans, pengurusan harta, pengurusan aset hingga pelaburan bank.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan