Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

OCBC: Penjualan Hong Kong Life Insurance dibatalkan

Bank Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) menyatakan hari ini (1 Okt) bahawa rancangan untuk menjual Hong Kong Life Insurance kepada firma pelaburan First Origin dibatalkan selepas pihak pembeli gagal memenuhi beberapa syarat tertentu sebelum tarikh tutup pada 30 September lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
OCBC: Penjualan Hong Kong Life Insurance dibatalkan

Logo OCBC di salah satu cawangannya di Singapura. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 01 Oct 2018 11:40AM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 11:42AM

SINGAPURA: Bank Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) menyatakan hari ini (1 Okt) bahawa rancangan untuk menjual Hong Kong Life Insurance kepada firma pelaburan First Origin dibatalkan selepas pihak pembeli gagal memenuhi beberapa syarat tertentu sebelum tarikh tutup pada 30 September lalu.

OCBC, melalui anak syarikatnya OWHB di Hong Kong - memegang sekitar 30 peratus saham syarikat insurans berkenaan - salah satu perniagaan insurans nyawa bebas yang masih kekal di Hong Kong. OWHB salah satu daripada lima pemilik termasuk Chong Hing Insurance, sebuah unit Bank Chong Hing.

First Origin International Ltd bersetuju untuk mengambil alih perniagaan itu pada Mac tahun lalu pada harga HK$7.1 bilion (S$1.24 bilion), menurut dua syarikat berkenaan.

"OWHB bersama dengan penjual lain sudah membatalkan urus niaga itu... atas sebab syarat-syarat tidak dapat dipenuhi," menurut OCBC dalam kenyataannya. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi.

First Origin International Limited rugi deposit sebanyak HK$710 juta (S$124 juta) kepada para penjual, menurut OCBC.

Perjanjian itu masih belum mendapat kelulusan pengawal selia Hong Kong.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan