Nilai ComfortDelGro jatuh 11% sementara menantikan Uber
ComfortDelGro mencatat kerugian sebanyak AS$370 juta (S$500 juta) dalam hanya empat bulan - yang merupakan prestasi saham kedua paling buruk Singapura pada 2017 - sedang para pelabur hilang kesabaran terhadap usahasama yang dirancang dengan syarikat Uber Technologies.
SINGAPURA: ComfortDelGro mencatat kerugian sebanyak AS$370 juta (S$500 juta) dalam hanya empat bulan - yang merupakan prestasi saham kedua paling buruk Singapura pada 2017 - sedang para pelabur hilang kesabaran terhadap usahasama yang dirancang dengan syarikat Uber Technologies.
Lebih tiga bulan sudah berlalu sejak pengendali teksi terbesar Singapura itu menyatakan bahawa ia sedang berbincang dengan Uber Technologies untuk mengadakan usahasama. Namun hingga kini tiada apa yang diumumkan.
Nilai saham ComfortDelGro susut sekitar 11 peratus sejak mengumumkan perbincangan tersebut pada Ogos.
Para eksekutif syarikat tersebut sudah "memberi bayangan" bahawa perbincangan dengan Uber akan selesai hujung 2017, tetapi tiada komitmen diberikan, kata Eugene Chua, penganalisis di OCBC Investment Research dalam satu nota pada 29 November lalu.
Para pelabur harus kekal berhati-hati meskipun jika kata sepakat tercapai. Ini memandangkan pesaingnya, Grab, akan memberi respons segera terhadap usahasama itu, kata Encik Chua.
Grab, aplikasi sewa kereta privet terbesar di Asia Tenggara, melancarkan promosi secara agresif untuk menarik pemandu ComfortDelGro selepas perbincangan dengan Uber itu diumumkan, tambahnya lagi.
Baru minggu ini, Presiden Grab Ming Maa mengatakan bahawa Uber "diserang" oleh beberapa pesaing dari banyak kawasan buat pertama kalinya tahun ini.
Beliau berkata demikian semasa persidangan Bloomberg's Year Ahead Asia di Jakarta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.