Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nilai Bitcoin tidak menentu; 3 bursa gantung dagangan tertentu

Matawang kripto, Bitcoin, pulih sedikit selepas menjunam sebanyak suku nilainya semalam (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai Bitcoin tidak menentu; 3 bursa gantung dagangan tertentu

(Gambar: Justin Tallis/ AFP).

Diterbitkan : 23 Dec 2017 09:20PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 09:21PM

NEW YORK: Matawang kripto, Bitcoin, pulih sedikit selepas menjunam sebanyak suku nilainya semalam (22 Dis).

Namun nilainya sepanjang minggu ini masih rendah sebanyak 25%.

Ini berbanding awal minggu ini di mana nilai Bitcoin meningkat kepada hampir 20,000.

Di tengah-tengah keadaan tidak menentu itu, tiga bursa berkaitan Bitcoin menggantung beberapa dagangan tertentu.

Ini termasuk Coinbase iaitu salah satu pasaran terbesar bitcoin.

Dalam pada itu, seorang penyokong terbesar Bitcoin, Michael Novo-gratz yang juga merupakan bekas peniaga makro Goldman Sachs, berkata bahawa beliau sudahpun menundakan rancangannya untuk memulakan dana perlindungan matawang kripto.

Ini ekoran nilai bitcoin yang mungkin jatuh ke 8,000, menurut ramalannya yang jauh berbeza berbanding jangkaannya awal bulan ini bahawa bitcoin boleh mencapai 50,000 menjelang hujung tahun depan. 

Sumber : AFP/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan