Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MOM terima 9,000 tuntutan berkaitan gaji pada 2016, lebih 95% dihuraikan

Sekitar 9,000 tuntutan berkaitan gaji melibatkan sekitar 4,500 majikan diterima pada tahun 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
MOM terima 9,000 tuntutan berkaitan gaji pada 2016, lebih 95% dihuraikan

Para pekerja di kemudahan pengilangan Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 06 Feb 2017 05:24PM Dikemas Kini : 06 Feb 2017 05:26PM

SINGAPURA: Sekitar 9,000 tuntutan berkaitan gaji melibatkan sekitar 4,500 majikan diterima pada tahun 2016, menurut Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say yang berucap di Parlimen hari ini (6 Feb).

Lebih 95 peratus tuntutan gaji dihuraikan selepas pengantaraan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan keputusan muktamad Mahkamah Buruh, tambah Encik Lim, dalam respons kepada AP Denise Phua dan AP Dilantik Kuik Shiao-Yin.

Baki 5 peratus belum lagi dihuraikan kerana terdapat satu kes yang mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Buruh dan ia sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, sementera lapan lagi masih menjalankan perniagaan tetapi belum mematuhi arahan yang dikeluarkan terhadap mereka, kata Encik Lim.

Beliau menambah kebanyakan - 199 daripada 208 majikan - sudah gulung tikar atau berdepan dengan kemungkinan ditutup disebabkan oleh masalah kewangan.

Beliau berkata syarikat-syarikat itu diharamkan daripada menggajikan para pekerja asing sehingga mereka mematuhi arahan Mahkamah Buruh, dan ia juga akan dikenakan terhadap para pengarah yang tidak bertanggungjawab, sekalipun jika mereka membuka syarikat baru.

MOM juga sedang menyiasat beberapa majikan yang masih meneruskan perniagaan mereka kerana tidak membayar gaji adalah satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, katanya. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan