Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Model baru pinjam wang tawar manfaat bagi peminjam yang lunas awal

Enam syarikat di Singapura akan mempelopori satu model perniagaan baru bagi peminjaman wang, yang memperuntukkan syarat-syarat lebih baik bagi para peminjam jika mereka melunaskan hutang lebih awal atau tepat pada waktunya. Demikian menurut Kementerian Undang-Undang hari ini (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2018 03:33PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 12:38AM

SINGAPURA: Enam syarikat di Singapura akan mempelopori satu model perniagaan baru bagi peminjaman wang, yang memperuntukkan syarat-syarat lebih baik bagi para peminjam jika mereka melunaskan hutang lebih awal atau tepat pada waktunya. Demikian menurut Kementerian Undang-Undang hari ini (11 Dis).

Model-model baru itu juga merangkumi penggunaan data yang lebih menyeluruh bagi menilai kepercayaan kredit (creditworhiness), di samping memanfaatkan proses-proses digital bagi mengurangkan kos.

Ini sebahagian daripada inisiatif bagi melindungi para peminjam dengan lebih baik melalui peningkatan pada model perniagaan, menurut kementerian itu dalam kenyataan medianya.

Tiga daripada enam syarikat - Credit 21, Dey dan Quick Credit - boleh membuat permohonan untuk masing-masing mengendalikan empat cawangan. IFS Capital, Minterest dan Xingang Investment masing-masing hanya dibenarkan mengendalikan satu cawangan saja.

"Enam syarikat berkenaan akan diberi lesen untuk mengendalikan cawangan-cawangan berdasarkan permohonan yang dibuat, dengan moratorium (penangguhan) sekali saja dimansuhkan untuk mengeluarkan lesen-lesen baru itu."

Pada 2012, satu moratorium dikenakan ke atas lesen-lesen baru pemiutang. Sejak itu, jumlah cawangan pinjaman wang merosot dari 215 kepada 162 cawangan.

"Enam syarikat itu boleh membuat permohonan lesen bagi sehingga 15 cawangan baru secara keseluruhannya, dan ini membentuk kurang 10 peratus daripada 162 cawangan yang buat masa ini dikendalikan 157 pemiutang berlesen," menurut kementerian itu.

Pemegang lesen akan dibenarkan untuk menjalankan operasi sehingga dua tahun bermula 2019. Kementerian itu kemudian akan menilai keputusan model tersebut dan menimbangkan pilihan-pilihan lain untuk memperhalusi rejim kawal selia peminjaman wang, tambahnya.

Syarikat-syarikat berkenaan dipilih daripada 38 pemohon lain kerana masing-masing memenuhi kriteria-kriteria wajib yang ditetapkan, menurut Kementerian Undang-Undang.

Ini termasuk kesempurnaan dan keutuhan model perniagaan, penyertaan dalam skim bantuan-bantuan hutang, amalan-amalan profesional pemungutan hutang lapuk, strategi-strategi pelanggan dan perhubungan, kos kredit berkesan serta dasar-dasar kredit.

Mereka juga sudah membayar modal sekurang-kurangnya S$1 juta dan mempunyai rekod dalam menyediakan pinjaman kepada pelanggan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan