Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Microsoft labur dalam Grab; nilai sebenar tidak didedahkan

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan nilai sebenar pelaburan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft labur dalam Grab; nilai sebenar tidak didedahkan

Gambar fail syarikat Grab. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 10:30AM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 10:31AM

SINGAPURA: Microsoft Corp sedang membuat pelaburan dalam firma khidmat kereta sewa Grab sebagai sebahagian daripada kerjasama antara kedua-dua syarikat yang membolehkan kedua-duanya bekerjasama dalam projek-projek teknologi, termasuk data raya dan kecerdasan buatan.

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan nilai sebenar pelaburan berkenaan.

Awal sebelum ini, Grab menyatakan bahawa firma itu merancang untuk menjana sekitar AS$3 bilion ($4.15 bilion) menjelang hujung tahun ini, dengan setakat ini Grab sudah menjana AS$2 bilion ($$2.78 bilion).

Pada minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa syarikat SoftBank Group Corp sedang memuktamadkan perjanjian untuk melaburkan sekitar AS$500 juta ($692 juta) dalam Grab sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul dana.

Sumber-sumber memberitahu Reuters bahawa Grab berkemungkinan akan memikat firma-firma strategik dan kewangan bagi mendapatkan baki dana tersebut.

Sebelum perjanjian hari ini, Grab berhasil menjana AS$2 bilion ($2.78 bilion), diterajui Toyota Motor Corp dan firma-firma kewangan termasuk Vulcan Capital milik pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.

Grab yang ibu pejabatnya berpangkalan di Singapura sudah meluaskan perniagaan syarikat itu ke 235 bandar di lapan negara di Asia Tenggara dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Grab sedang mempertimbangkan untuk mengubah syarikat itu sebagai kumpulan teknologi pengguna yang menawarkan khidmat seperti pengiriman makanan dan bungkusan, pemindahan wang secara elektronik, pinjaman mikro dan pembayaran mudah alih selain khidmat kereta sewa.

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan