Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Media China selar pengumuman perdagangan AS, Beijing sedia bertindak balas

Media China membidas pengumuman yang dibuat Amerika Syarikat bahawa ia akan meneruskan sekatan-sekatan ke atas pelaburan oleh syarikat-syarikat China.

Anggaran Waktu Membaca:
Media China selar pengumuman perdagangan AS, Beijing sedia bertindak balas

(Gambar: REUTERS/Jason Lee)

Diterbitkan : 30 May 2018 12:29PM Dikemas Kini : 30 May 2018 12:43PM

SHANGHAI: Media China membidas pengumuman yang dibuat Amerika Syarikat bahawa ia akan meneruskan sekatan-sekatan ke atas pelaburan oleh syarikat-syarikat China.

Media China juga menambah hari ini (30 Mei) bahawa Beijing bersedia untuk memberikan tindak balas.

Semalam (29 Mei) Amerika Syarikat menyatakan ia masih berpegang kepada ancaman untuk mengenakan tarif ke atas import bernilai AS$50 bilion (S$67 bilion) dari China dan akan meneruskannya kecuali Beijing menangani isu berkaitan pencurian hak milik intelektual Amerika.

Kementerian Perdagangan China kemudian menyelar pengumuman tersebut, sambil menyatakan ia terkejut dan menyifatkannya sebagai bercanggah dengan persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak baru-baru ini.

Agensi berita negara Xinhua melaporkan China berharap Amerika Syarikat tidak akan bertindak terburu-buru. Namun Beijing akan tetap bersiap siaga demi melindungi kepentingannya sendiri.

“Pendirian China, seperti biasa: kami tidak mahu bertikai, namun kami juga tidak gentar untuk bertindak balas,” menurut agensi itu dalam satu komentar oleh wartawan Yu Jiaxin.

“China akan terus mengadakan rundingan pragmatik dengan delegasi Amerika Syarikat dan berharap Amerika Syarikat akan bertindak menurut semangat kenyataan bersama,” tambah agensi itu lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan