Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS minta M'sia jelaskan pendirian tentang jalinan perdagangan bursa saham

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan hari ini (6 Jun) bahawa ia sudah meminta penjelasan Malaysia mengenai kedudukannya dalam jalinan perdagangan antara bursa saham kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS minta M'sia jelaskan pendirian tentang jalinan perdagangan bursa saham

Logo MAS. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/Files)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 09:50PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 01:36AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan hari ini (6 Jun) bahawa ia sudah meminta penjelasan Malaysia mengenai kedudukannya dalam jalinan perdagangan antara bursa saham kedua-dua negara.

Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli pengumuman Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di sidang media awal tadi (6 Jun) bahawa kerajaan barunya akan menyemak semula projek pentadbiran sebelumnya untuk membentuk jalinan perdagangan antara Bursa Malaysia (BM) dengan Bursa Saham Singapura (SGX).

"MAS menanyakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjelaskan kedudukannya tentang jalinan pasaran saham yang dirancang antara Bursa Malaysia dengan SGX, dan akan menantikan perkembangan lanjut dari SC," menurut bank pusat Singapura sebagai menjawab pertanyaan media.

Pihak berkuasa Malaysia dan Singapura mengumumkan Februari lalu bahawa kedua-dua negara akan membentuk satu jalinan dagangan pasaran saham menjelang akhir tahun ini.

Jalinan perdagangan itu membolehkan para pelabur untuk berdagang dan menyelesaikan saham yang tersenarai dalam pasaran saham masing-masing dengan lebih mudah dan pada kos lebih rendah. Ia juga akan meliputi penyusunan selepas urusan perdagangan dijalankan.

Di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini (6 Jun), Dr Mahathir juga ditanya jika kerajaan sudah mempertimbangkan untuk menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif BM Tajuddin Atan.

Encik Tajuddin dilantik untuk menerajui Bursa Malaysia pada 2011. Sebelum ini, beliau adalah pengarah urusan kumpulan RHB Capital Berhad.

"Ia tidak dibincangkan. Saya belum lihat (saranan itu) dibentangkan atas meja bulat," jawab Dr Mahathir.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan