Images
  • mas
    (Gambar fail: Reuters) 

MAS lancar geran S$30 juta pertingkat keupayaan keselamatan siber sektor kewangan

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan geran $30 juta bagi meningkatkan keupayaan keselamatan siber dalam sektor kewangan, di samping membantu institusi-institusi kewangan membangunkan bakat dalam keselamatan siber.

Dengan geran tersebut, institusi-institusi kewangan, yang membentuk kumpulan-kumpulan khusus untuk keselamatan siber di peringkat global dan di Singapura, akan menerima pendanaan sehingga 50 peratus. Ia bagi perbelanjaan yang diluluskan, sehingga jumlah maksimum $3 juta.

Institusi-institusi kewangan boleh memanfaatkan geran tersebut untuk menghantar para pekerja mereka bagi menghadiri program-program latihan yang berkaitan dengan keselamatan siber.

MAS menyatakan langkah itu akan menarik lebih ramai karyawan bidang keselamatan siber, serta meluaskan bekalan bakat tempatan dalam sektor tersebut.

- CNA/MM/ai

Top