Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS ketatkan dasar kewangan S'pura buat pertama kali dalam masa 6 tahun

Didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memutuskan untuk membiarkan nilai dolar Singapura meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2018 12:16PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 01:53AM

SINGAPURA: Didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memutuskan untuk membiarkan nilai dolar Singapura meningkat.

Keputusan untuk berbuat demikian juga merupakan yang pertama dalam masa enam tahun di mana MAS mengetatkan dasar kewangan negara yang berdasarkan kadar pertukaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini (13 Apr), MAS turut mendedahkan bahawa ia akan menaikkan sedikit nilai mata wang Singapura dari paras sifar yang ditetapkan sebelum ini.

Ini dilakukan sambil memastikan agar kenaikan nilai mata wang Singapura dapat terus dikawal.

"Prinsip ini konsisten dengan kenaikan pada Kadar Pertukaran Berkesan Nominal yang meningkat secara bertahap-tahap bagi memastikan harga kekal stabil dalam jangka sederhana.

"Ekonomi Singapura diramal terus berkembang pada rentak yang mantap tahun ini," menurut MAS lagi. Ini selepas Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengumumkan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) 4.3 peratus pada suku pertama tahun ini - naik dari 3.6 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

MAS selanjutnya menyatakan bahawa penyesuaian itu mengambil kira "ketidaktentuan pada hasil makroekonomi yang disebabkan oleh ketegangan ekoran perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China," dan MAS akan terus memantau perkembangan tersebut.

MAS melakar dasar kewangan menerusinegara berdasarkan kadar pertukaran mata wang dan bukan semata-mata dengan menetapkan kadar faedah.

Ini membolehkan nilai dolar Singapura naik turun selaras dengan kadar pertukaran rakan-rakan niaga utamanya.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan