Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS, industri kewangan bakal bangunkan panduan gunakan AI, analitik data

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan hari ini (2 Apr) bahawa ia sedang membangunkan sebuah panduan untuk menggalak penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan analitik data yang bertanggungjawab dan beretika oleh institusi kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS, industri kewangan bakal bangunkan panduan gunakan AI, analitik data

Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 02 Apr 2018 03:06PM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 03:08PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan hari ini (2 Apr) bahawa ia sedang membangunkan sebuah panduan untuk menggalak penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan analitik data yang bertanggungjawab dan beretika oleh institusi kewangan.

Dalam satu kenyataan media, MAS menyatakan ia akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan utama industri itu, dengan tujuan menyiapkan panduan tersebut menjelang hujung tahun ini.

Garis panduan itu akan menetapkan prinsip-prinsip dan amalan-amalan terbaik bagi membantu institusi kewangan "memperkukuhkan pentadbiran dalaman dan mengurangkan risiko penyalahgunaan data".

MAS juga menyatakan ia sudah menghimpunkan sekumpulan pemimpin dan pengamal analitik data dalam sektor kewangan untuk membantu proses tersebut.

Jawatankuasa Keadilan, Etika, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (FEAT) yang terdiri daripada 10 anggota dipengerusikan bersama oleh Encik Hsieh Fu Hua, mantan pengerusi UOB group dan Dr David Hardoon, ketua pegawai data MAS.

Jawatankuasa FEAT juga dianggotai V K Rajah yang juga penasihat kanan dan anggota Essex Court Chambers Duxton (Singapore Group Practice) dan Teo Swee Lian yang merupakan pengarah bebas bukan eksekutif di Singtel serta di Avanda Investment Management. Kedua-duanya akan bertindak sebagai penasihat khas kepada jawatankuasa tersebut.

Dr Hardoon berkata meskipun AI dan analitik data mempunyai potensi besar untuk mengubah industri menjadi lebih baik, ia juga "berpotensi untuk disalahgunakan".

MAS mempelawa pandangan dan maklum balas dari para pengamal industri tentang panduan yang disarankan dalam suku kedua tahun ini. Ia juga bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk "menyelaras pemahaman yang lebih luas tentang pentadbiran AI di merata sektor".  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan