MAS beri amaran risiko sektor hartanah; nasihat pembeli supaya 'berhemat'
Penguasa Kewangan Singapura, MAS, memberi amaran tentang potensi risiko dari sektor hartanah.
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura, MAS, memberi amaran tentang potensi risiko dari sektor hartanah.
Dalam laporan terkini Semakan Kestabilan Kewangan, MAS menyatakan perkembangan baru-baru ini boleh menjejas kemampanan keadaan pasaran hartanah.
Oleh itu para pembeli digesa supaya berhati-hati.
Menurut MAS, walaupun bekalan perumahan swasta akan naik ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang, terdapat "ketidakpastian yang besar" sama ada pasaran dapat menyerap sepenuhnya bekalan itu.
Ini memandangkan Singapura menghadapi kadar pertambahan penduduk lebih perlahan dan kadar hartanah masih kosong agak tinggi.
NASIHAT MAS: HEMAT DALAM MEMBELI HARTANAH
MAS juga memberi amaran kepada bakal pembeli supaya "kekal berhemat" dalam keputusan membeli hartanah.
Mereka juga perlu sedar bahawa pasaran sewa kini lemah dan kenaikan kadar faedah pinjaman selanjutnya boleh menjejas keupayaan mereka untuk membayar hutang rumah.
Pihak bank juga harus terus mengekalkan piawai yang berhemat dan menyemak semula amalan penilaian untuk memastikannya tetap realistik dan berasas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.