Images
  • malaysia airlines
    Malaysia Airlines menawarkan penerbangan tambahan pada Tahun Baru Cina. (Gambar fail: Olivia Harris/Reuters) 

Malaysia Airlines tawarkan penerbangan tambahan pada CNY

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menjalankan operasi penerbangan tambahan ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap perjalanan udara sewaktu cuti Tahun Baru Cina.

Dalam kenyataannya hari ini (28 Nov), syarikat penerbangan itu menyebut bahawa 9,980 tempat duduk tambahan akan ditawarkan melalui 38 penerbangan tambahan dan 30 penerbangan yang dinaik taraf.

Menurut syarikat itu, penerbangan tambahan pergi balik itu termasuk laluan Kuala Lumpur (KL)-Sibu, KL-Kota Kinabalu, KL-Miri, KL-Sandakan dan Kota Kinabalu-Taipei.

Sementara itu, 30 penerbangan pergi balik akan dinaik taraf kepada pesawat 290-tempat duduk A330-300 daripada pesawat 160-tempat duduk B737-800, termasuk laluan KL-Singapura, KL-Pulau Pinang, KL-Kuching dan KL-Kota Kinabalu.

Para pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman sesawang Malaysia Airlines dari sekarang hingga 9 Disember 2018. Tawaran ini adalah untuk penerbangan dari 31 Januari hingga 10 Februari tahun depan.

- BERNAMA/AI/ai

Top