Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Macau dijangka atasi Qatar 'destinasi paling mewah' di dunia

Ekonomi Macau akan mencecah AS143,116 (S$196,025) setiap orang menjelang 2020

Anggaran Waktu Membaca:
Macau dijangka atasi Qatar 'destinasi paling mewah' di dunia

Macau. (Gambar: Bloomberg)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 07:54PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 07:57PM

HONG KONG: Qatar diramal akan kehilangan statusnya sebagai destinasi terkaya di dunia dan kedudukan itu akan diambil alih oleh Macau.

Ekonomi hab kasino global itu akan mencecah AS143,116 (S$196,025) setiap orang menjelang 2020, menurut ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ini akan meletakkan Macau di depan Qatar yang diramal mencecah AS$139,151 (S$190,595) dalam tempoh yang sama.

Macau yang terletak di bahagian selatan China menjadi pusat perjudian sejak ia kembali di bawah perintah China, hampir dua dekad lalu. Ia adalah satu-satunya tempat di China di mana kasino dibenarkan beroperasi secara sah, menjadikannya daya tarikan yang hebat bagi para pelanggan mewah dari China.

Data IMF menunjukkan bahawa hasil dalam negeri kasar Macau melonjak dua kali ganda dari AS$34,500 (S$47,254) per kapita pada 2001.

Jurang kekayaan antara Macau dengan Qatar juga diramalkan melebar menjangkaui 2020. GDP per kapita Macau dijangka mencecah sekitar AS$172,681 (S$236,521), berdasarkan data yang dikumpulkan daripada edisi April pangkalan data Ramalan Ekonomi Global IMF. Sementara itu, GDP Qatar akan tumbuh hanya AS$158,117 (S$216,572).

GDP per kapita Singapura diramal mencecah enam angka menjelang tahun depan dan diramal berkembang kepada sekitar AS$117,535 (S$160,987), menjelang 2023, manakala Hong Kong akan mencecah hampir $80,000 dalam tempoh yang sama, menurut ramalan-ramalan IMF.

Tiga negara Eropah iaitu Luxembourg, Ireland dan Norway tersenarai dalam 10 kedudukan teratas, diramalkan antara negara terkaya dunia menjelang 2020, sementara Amerika Syarikat menduduki tempat ke-12. 

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan