Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

M'sia pertimbang had eksport telur; harga di S'pura meningkat

Harga telur di sini semakin meningkat di tengah-tengah kekurangan bekalan dari Malaysia yang mungkin akan menghadkan eksport telur.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2018 09:32PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 09:39PM

SINGAPURA: Harga telur di sini semakin meningkat di tengah-tengah kekurangan bekalan dari Malaysia yang mungkin akan menghadkan eksport telur.

Menurut NTUC Fairprice, harga telur naik lima peratus minggu lalu sementara para peruncit lain melaporkan kenaikan sebanyak tiga hingga empat sen sejak permulaan bulan lalu.

Sedang Malaysia mempertimbangkan untuk menghadkan eksport telur bagi memastikan bekalan yang mencukupi di seberang tambak, harga telur di sini mungkin naik, menurut para peruncit telur yang ditemui Mediacorp.

Mediacorp difahamkan kekurangan bekalan disebabkan beberapa sebab seperti isu keselamatan makanan dan juga cuaca.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan