Images
  • raffles place
    Keadaan di Raffles Place selepas waktu pejabat. (Gambar fail: Ngau Kai Yan) 

Lebih ramai penduduk dapat pekerjaan melalui 'Inisiatif Suai Maju'

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendedahkan bahawa lebih ramai orang mendapat pekerjaan menerusi 'Inisiatif Suai Maju' pada separuh pertama tahun ini.

Jumlah itu naik 40 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sekaligus menandakan bahawa masih ada banyak peluang pekerjaan.

30 peratus daripada 17,000 orang yang mendapat pekerjaan menerusi inisiatif Suai Maju berusia 50 tahun ke atas. Separuh daripada mereka adalah golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen atau PMET.

MOM juga prihatin bahawa 79 peratus penduduk yang diberhentikan adalah golongan PMET.

Menteri MOM, Josephine Teo, berkata: "Sebenarnya, jumlahnya memang sudah meningkat dan sebab ia meningkat adalah kerana pertumbuhan dalam jumlah pekerjaan PMET yang lebih cepat, berbanding jumlah pekerjaan bukan PMET. Oleh itu, dari perspektif tersebut, golongan PMET yang membentuk jumlah lebih tinggi mereka yang diberhentikan, bukan tidak dijangkakan."

MOM menambah mereka yang mencari kerja boleh memanfaatkan lebih 100 Program Pertukaran Kerjaya daripada 30 sektor. Salah satunya adalah program diploma dalam kejururawatan yang ditawarkan oleh Politeknik Nanyang.

Program itu bertujuan mengupayakan penukaran daripada kerjaya pertengahan kepada tahap profesional. MOM akan membangunkan lebih banyak program sedemikian jika perlu.  

- CNA/MM/ai

Top