Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lebih mudah tembusi pasaran, cukai lebih rendah setelah CPTPP dikuatkuasakan

Syarikat-syarikat Singapura boleh menjangkakan cukai yang lebih rendah serta lebih banyak akses untuk menembusi pasaran apabila Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) dikuatkuasakan pada 30 Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih mudah tembusi pasaran, cukai lebih rendah setelah CPTPP dikuatkuasakan

Para pemimpin 11 negara yang memeterai perjanjian perdagangan CPTPP. (Gambar: Claudio Reyes/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 02:09PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 02:12PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura boleh menjangkakan cukai yang lebih rendah serta lebih banyak akses untuk menembusi pasaran apabila Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) dikuatkuasakan pada 30 Disember ini.

Perjanjian itu akan mewujudkan "peluang baru perdagangan dan pelaburan" bagi syarikat-syarikat Singapura di rantau Asia Pasifik, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (20 Nov).

Ia juga menetapkan perjanjian perdagangan istimewa yang pertama antara Singapura dengan Kanada dan Mexico.

CPTPP yang dirunding dan dimeterai pada 8 Mac lalu menyatukan 11 ekonomi dari kedua-dua rantau Pasifik, yang membentuk 14 peratus daripada ekonomi sejagat.

11 negara anggota itu adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Di bawah perjanjian itu, "syarikat-syarikat boleh mengeksport barangan ke pasaran CPTPP tanpa membayar cukai" serta mendapat akses kepada pasaran barangan dan khidmat CPTPP, termasuk peluang pemerolehan barangan, menurut MTI.

Apabila dikuat kuasa kelak, 94 peratus daripada perdagangan Singapura dengan negara-negara CPTPP akan bebas cukai, menurut MTI sambil menambah bakinya akan dihentikan secara berperingkat.

Sementara itu, Kanada dan Mexico masing-masing akan memansuhkan cukai ke atas 99 peratus dan 88 peratus daripada perdagangan dengan Singapura.

Perjanjian berkenaan mewujudkan akses yang lebih dipertingkat bagi peluang pemerolehan pemerintah, langkah-langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi digital serta menangani keprihatinan hak intelektual perniagaan, menurut MTI.

"Perjanjian itu akan memberi manfaat kepada semua syarikat dari pelbagai sektor di Singapura," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

"Khususnya, sektor e-dagang dan hak intelektual akan menggalak pertumbuhan ekonomi digital, inovasi dan mewujudkan industri-industri baru."

Encik Chan berkata Singapura mengalu-alukan 'pengesahan pantas' CPTTP oleh semua pihak.

Syarikat-syarikat yang berminat terhadap peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dalam pasaran-pasaran CPTPP boleh menghubungi Enterprise Singapore melalui enquiry [at] enterprisesg.gov.sg atau merujuk kepada laman MTI. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan