Images
  • led
    Lebih 11,000 syarikat sudah memanfaatkan skim Lean Enterprise Development (LED) yang dilancarkan tiga tahun lalu.

Lebih 11,000 syarikat raih manfaat skim LED

SINGAPURA: Lebih 11,000 syarikat sudah memanfaatkan skim Lean Enterprise Development (LED) yang dilancarkan tiga tahun lalu.

Skim itu menyediakan geran yang ditawarkan agensi-agensi pemerintah dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) kelolaan NTUC bagi menggalak syarikat mengurangkan penggunaan kakitangan.

Dalam simposium LED yang dihadiri Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo, beberapa buah syarikat saling berkongsi pengalaman bagaimana skim itu membantu memperkemaskan perniagaan mereka.

Kedai emas SK Jewellery, misalnya, mereka bentuk barang perhiasan ciptaannya dengan menggunakan proses salinan 3-D, yang menghasilkan rekaan secepat tiga hari, berbanding tiga minggu sebelum ini.

Perniagaan milik keluarga TSK Foods pula berkongsi pengalaman menghasilkan mi segera secara automasi dalam bungkusan yang lebih kecil, untuk menjimatkan tenaga kerja.

- CNA/SS/ai

Top