Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba suku ke-4 DBS merosot paling rendah dalam 2 tahun, caj hutang lapuk melonjak

Bank-bank Singapura yang dipuji selama ini atas piawai pinjaman konservatifnya kini semakin diuji, dengan kebanyakan firma dalam industri khidmat minyak terkial-kial melangsaikan hutang.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba suku ke-4 DBS merosot paling rendah dalam 2 tahun, caj hutang lapuk melonjak

Logo DBS di sebuah bangunan. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 16 Feb 2017 09:10AM Dikemas Kini : 16 Feb 2017 09:11AM

SINGAPURA: DBS Group, pemiutang terbesar di Singapura, mencatat kemerosotan sembilan peratus pada keuntungan suku tahun dan seperti pesaingnya OCBC, ia juga mencatat jumlah hutang lapuk yang lebih tinggi, menunjukkan terdapat tekanan pada pembayaran hutang di kalangan firma-firma dalam sektor khidmat minyak di Singapura.

Bank-bank Singapura yang dipuji selama ini atas piawai pinjaman konservatifnya kini semakin diuji, dengan kebanyakan firma dalam industri khidmat minyak terkial-kial melangsaikan hutang. Ini kerana mereka terjejas oleh harga minyak dan kadar sewa yang rendah serta projek-projek yang tergendala.

Laba DBS, bank terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, mencatat $913 juta bagi tiga bulan yang berakhir pada Disember, paling rendah dalam tempoh dua tahun dan juga berbanding $1 bilion pada tahun sebelumnya.

Ini lebih rendah daripada unjuran purata $936 juta yang diramalkan oleh enam penganalisis yang ditinjau oleh Reuters.

Menurut bank tersebut, caj yang dikenakan bagi hutang-hutang lapuk melonjak 87 peratus kepada $462 juta dari $247 juta pada tahun sebelumnya.

Margin faedah bersih, kayu ukur utama keuntungan, merosot 13 mata asas kepada 1.71 peratus sedang kadar faedah dolar Singapura lebih rendah berbanding setahun lalu.

Ia menjangkakan pertumbuhan satu angka pada pinjaman dan pendapatan pada tahun 2017.

Pada hari Selasa (14 Feb), OCBC melaporkan kemerosotan 18 peratus pada keuntungan bersih suku tahun, paras terendah dalam tiga tahun.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan